Islamic Widget

Hantu Upin 'n' Ipin


hiih..penulis bukan cuba untuk menakut-nakutkan
pembaca, hanya bangga dengan pencapaian anak bangsa
sendiri yang bertungkus lumus menghasilkan produk
animasi negara yang setanding dengan produk luar..
sememangnya animasi ini sangat 'berhantu' sehinggakan
adik2 penulis, menanti di hadapan televisyen dan tidak
menghiraukan untuk berbuka puasa menonton dengan
penuh khusyuk bersama2 dengan penulis! samasa
Ramadhan lepas sambil di selangi dengan gelak tawa.
Dalam diam animasi ini telah berjaya mengeratkan intitusi kekeluargaan
itu sendiri, dan ianya bukan sahaja berlaku kepada keluarga penulis
tetapi seluruh warga Malaysia.. Walaupun masih banyak yang perlu
di pertingkatkan, namun usaha tersebut amatlah di puji..lebih2 lagi
animasi ini menceritakan tentang keriangan kehidupan kanak-kanak
kampung yang mungkin tidak di rasai oleh kanak-kanak 'urbun'.
Disamping itu turut menyelitkan nilai-nilai murni dan keagamaan..
sememangnya wajar diberi tepukan gemuruh!! syabas dan
Tahniah kepada team produksi Upin & Ipin di atas pencapaian
demi pencapaian..hurmm..Betul..betul..betul!!!

2 comments:

5 Ogos 2009 12:09 PTG أنيس حياتي berkata...

Salam..
betul, betul, betul
Setuju sgt2!!!
Upin Ipin the best..
smpaikan layout blog anis pun ada gmbr upin ipin..

5 Ogos 2009 11:33 PTG mediahorizon berkata...

sy wakil tak rasmi dari lescopaque ucapkan terima kasih.. hehe

Catat Ulasan

Ape ke Hal?