Islamic Widget

Belajar Bahasa Arab: Kemahiran Mendengar & Menghayati 4 (Bisikan Iblis)

video
Gambaran bagaimana Syaitan Laknatullah membisikkan
kejahatan dalam diri kita... Syaitan tidaklah segagah mana,
mereka hanya tahu berbisik-bisik sahaja...
"Manusia yang lemah
ialah manusia yang tidak dapat
menahan diri mereka dari bisikan tipu daya
Syaitan..."
Semoga menjadi iktibar...


"Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah.."

P/s: Hati2 mungkin di sebelah anda sekarang...
Syaitan sedang berbisik
...!


Read more...

SYUKUR الحمد لله

(klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas-harap maklum)

Janganlah merungut. Tapi andainya di sebalik segala yang kamu miliki itu kamu masih lagi mengeluh dan tidak puas hati, perhatikan sekeliling kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan pelbagai kenikmatan untuk mewarnai hidupmu yang sementara ini.

Dengan segala rasa rendah diri, ucapkanlah ‘ALHAMDULILLAH’ kepada Allah sebagai tanda terima kasih di atas segala nikmat yang telah diberikan-Nya kepada kamu, pada kesihatan kamu, pada ibu dan ayahmu, pada keluarga mu, kawan-kawan dan segala-galanya.
(gambar di atas di petik dari majalah MASTIKA)

Read more...

Qudwatun Hasanah Ku...


Yan Gymnastiar (lahir di Bandung, Jawa Barat, 30 Februari 1962; umur 47 tahun) atau lebih dikenal sebagai Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, usahawan dan pengasas Pondok Pesantren (institut) Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung & pencetus revolusi Managemen Qalbu. Aa Gym menjadi popular karena mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan gaya teatrikal dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan umum diterapkan pada kehidupan sehari-hari.

Pesan-pesan dakwahnya berkisar pada pengendalian diri, hati nurani, toleransi dan keteguhan iman . Aa Gym digemari oleh suri-suri rumah tangga karena ia membangun citra sebagai seorang pendakwah agama yang berbeza dengan ulama lainnya. Ketika para ulama “konvensional” berdakwah tentang keutamaan salat, puasa, dan kemegahan surga, Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus, keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa sehari-hari yang ringan dan menyenangkan. Topik pembahasannya seputar keluarga dan penontonnya terkonsentrasi pada ibu-ibu rumah tangga, citranya pun didaulat menjadi “ustaz keluarga bahagia.”

Penulis pernah mengikuti pengajian dakwah Aa Gym semasa menuntut di Sumatera Utara dan ternyata cara bawakan dakwahnya amat berbeza berbanding pendakwah kita di Malaysia. Dengan suaranya yang perlahan dan tenang menelusuk ke Qalbu, kata2 nya penuh hikmah dan selalunya di akhir ceramahnya beliau akan berdoa dengan di aminkan oleh beribu2 jemaah yang mengikuti ceramahnya dengan tangisan air mata keinsafan...

Berikut antara kata2 nya yang penuh hikmah 1 ketika menjadi jemputan untuk program AL-KULIYYAH dengan tajuk KHUSYUK:

video
Read more...

Belajar Bahasa Arab: Kemahiran Mendengar & Menghayati 3 (SYAKHBAT SYAKHOBIT)

video
Comelnye video klip ni...Ehem..Cikgu dia pun comel jugak..!
Read more...

Belajar Bahasa Arab: Kemahiran Mendengar & Menghayati 2 (MALAYSIA VS. M.U.)

video
M.U. 3-2 MALAYSIA: Apapun, sekalung ucapan TAHNIAH buat pemain kebangsaan kita.
Mudah-mudahan suatu masa nanti era SUPER MOKH akan kembali
menghangatkan gelanggang bola sepak tempatan kita..insya-Allah
Read more...

WABAK INFLUENZA-A H1N1 VS. WABAK KAUM LUTH

Akhir-akhir ini, kita di kejutkan dengan wabak Selsema Babi atau turut dikenali sebagai Influenza-A H1N1 yang telah melanda ke negara kita. Dan sehingga hari ini sudah 1000 lebih rakyat Malaysia telah pun di kenalpasti positif menghidapi serangan wabak tersebut. Mungkin itulah tandanya kita semakin hampir dengan hari yang di janjikan Allah. Namun begitu, dalam pada masa yang sama, 1 wabak sosial yang kian menular di zaman URBANISASI ini. Sedar tak sedar wabak ini mungkin sedang menjangkiti NEGARA, MASYARAKAT, SAHABAT HANDAI, JIRAN, malah KELUARGA ANDA & ANDA….

(PETIKAN Dari Akhbar KOSMO! 21 Julai 2009)

Ekoran kelab gay dikepung sebelum diserbu polis awal pagi - 500 tetamu kelab gay terkedu

keratan KOSMO! 2 JANUARI 2009
KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 500 pengunjung kelab gay di Jalan Yap Kwan Seng di sini semalam terkedu apabila mendapati premis itu tiba-tiba dikepong polis.

Semasa serbuan pada pukul 1.30 pagi, kebanyakan pengunjung majoritinya lelaki asyik menari malah ada yang bercumbu dan membuat aksi ghairah bersama pasangan sejenis.

Kelab gay yang dipercayai telah setahun beroperasi itu menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis.

Pada hujung minggu premis itu dikatakan sentiasa penuh dan meriah dengan gelagat pasangan gay yang bermacam-macam ragam.

Pegawai Penyiasat Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar yang mengetuai operasi itu berkata, 28 lelaki dan empat wanita berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

"Polis turut menemui dadah eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuang oleh pengunjung kelab," kata beliau selepas operasi itu.

menurut beliau ini adalah kali pertama serbuan di lakukan ke atas kelab itu sejak beroperasi sejak tahun lalu.

-Berita di atas juga turut di paparkan dalam Buletin Utama TV3, 20 Julai 2009-

Wabak sosial yang di maksudkan penulis adalah GAY & LESBIAN, yang tergolong dalam HOMOSEKSUAL, yang nampaknya mula menunjukkan taringnya. HOMOSEKSUAL membawa maksud orientasi keinginan shahwat terhadap pasangan sejenis. Sedar tak sedar, kegiatan tersebut telah menjadi seperti 1 trend di kalangan masyarakat yang kurang waras akal pemikirannya. Persoalannya, paparan berita yang ditunjukkan di dalam Buletin Utama tv3, kebanyakan perlakunya adalah Lelaki yang cukup sifat kejantanannya…! Apekejadahnya! Dah tak ada wanitakah di hati mereka?

Di Zaman Nabi Luth a.s, kaumnya mengamalkan cara hidup sebegini, mereka mempunyai isteri namun isteri mereka di tinggalkan kerana mereka lebih senang dengan pasangan sejenis. Ianya merupakan Amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Namun akhirnya, Tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`.

“Laut mati ini menjadi saksi azab yang di timpa ke atas golongan pengamal seks luar tabii.”


Berikut kupasan lanjut, di petik dari laman:

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=50219


Anda ternampak seorang lelaki lembut berjalan dan datang ke arah anda. Anda cuba mengelakkan diri daripada bertembung atau bercakap dengannya. Atau anda mungkin melihat mereka, lalu tersengih menyindir. Anda mungkin terasa jijik kerana membayangkan perilaku mereka yang di luar norma kehidupan.

Gambaran di atas adalah satu senario yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Tetapi anda perlu tahu bahawa bukan semua lelaki lembut berkelakuan luar tabii. Ada juga yang lurus dan mempunyai semua kriteria lelaki sejati. Tetapi secara semula jadi, mereka lebih lembut dan menunjukkan sifat kewanitaan.

Bagaimana pula dengan lelaki yang kelihatan seperti lelaki sejati tetapi mempunyai rahsia tersendiri? Itulah golongan yang rahsia mereka ingin penulis selongkar melalui artikel ini.

SIAPAKAH GAY

Siapakah mereka? Bagaimanakah kita boleh mengenali golongan ini? Hasil tinjauan dan temu ramah penulis mendapati bahawa kita tidak dapat mengesan orientasi seks golongan gay dengan mata kasar.

Namun, mungkin bermanfaat jika kita cuba mengetahui beberapa sifat gay yang telah dibuktikan melalui penyelidikan. Menurut seorang pakar perubatan dari Paris, lelaki homoseksual ataupun lebih tepat lagi gay adalah lelaki yang hanya meminati kaum sejenisnya. Mereka hanya cenderung mengadakan hubungan intim dan hubungan seksual dengan lelaki lain.

2 JENIS GAY

Terdapat dua kelompok gay. Kelompok pertama adalah gay tulen atau sejati. Kelompok ini hanya meminati lelaki. Lazimnya, mereka hanya tertarik kepada kaum adam. Sentuhan selamba seorang lelaki pada mana-mana bahagian tubuh mereka sudah cukup untuk membangkitkan keghairahan mereka.

Lelaki yang tergolong dalam kumpulan ini akan mencari pasangan yang menunjukkan kecendurangan yang sama. Mereka akan berhati-hati dalam mencari pasangan kerana takut kegiatan mereka dihidu oleh orang lain. Mereka mampu mendapat ereksi walau dengan hanya melihat dada seorang lelaki yang terdedah.

Sekiranya lelaki gay tidak berjaya mendapat pasangan untuk melayani keinginan seksnya, dia akan melakukan onani untuk memuaskan nafsu. Lelaki yang tergolong dalam kumpulan ini juga jarang bergaul dengan wanita. Mereka selalunya tidak meminati wanita.

Kalau pun ada gay yang bergaul dengan wanita, mereka tidak akan begitu rapat dan akan cuba mengelakkan diri daripada terlalu intim dengan wanita. Walaupun mereka berdampingan dengan wanita cantik yang mengghairahkan, nafsu syahwat golongan gay biasanya tidak terangsang.

Malah, salah seorang lelaki gay yang ditemui berkata, dia membenci wanita kerana wanita dilihat sebagai saingan yang mampu memikat lelaki lain. Golongan gay seperti ini juga tidak akan mendirikan rumah tangga dengan erti kata, tidak akan mengahwini wanita.

Seorang lagi responden yang ingin dikenali sebagai Rick menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rasa ghairah terhadap wanita lalu hanya melihat mereka sebagai manusia yang boleh dibuat kawan. Itu sahaja. Dia amat menyayangi pasangannya yang juga seorang gay.

Menurut Rick, dalam hubungan itu, dia memainkan peranan wanita manakala pasangannya memainkan peranan lelaki. Jangan terkejut jika anda berpeluang mengunjungi ruang tamunya. Gambar-gambar lelaki bogel dan dalam aksi yang mengghairahkan memenuhi dinding ruang tamu. Tidak kurang juga foto Rick dan pasangannya dalam pelbagai pose.

Kelompok kedua pula diklasifikasikan sebagai biseksual. Maksudnya, mereka menjalin hubungan seksual dengan kedua-dua jantina; wanita mahupun lelaki. Lelaki yang tergolong dalam kategori ini mungkin sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Malah, ramai lelaki biseksual berkahwin sekadar untuk menyembunyikan rahsia hitam mengenai orientasi seksual sebenar mereka.

Mereka sedar bahawa mereka adalah gay tetapi sekiranya mereka mempunyai isteri dan anak, maka tiada siapa pun yang dapat mengesan orientasi seks mereka yang sebenar. Tambahan pula, secara fizikal, mereka kelihatan seperti lelaki sejati dan normal.

Beberapa lelaki biseksual yang sempat diwawancara berkata, tiada siapa pun dapat menghidu naluri seksual luar biasa mereka kerana mereka licik mengatur langkah. Mereka mempunyai dua identiti; satu sebagai lelaki normal yang bernafsu terhadap wanita dan satu lagi sebagai gay yang bernafsu terhadap lelaki.

Lelaki biseksual

Lelaki biseksual bukanlah mandul. Cuma naluri dan keinginan seksual mereka luar biasa. Mereka mampu mengadakan hubungan seks dengan wanita dan mampu pula bergelar bapa. Namun, secara semula jadi, mereka lebih puas melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. Ada yang mengatakan bahawa apabila mereka menjalin hubungan intim bersama isteri, mereka masih membayangkan diri mereka bersama-sama lelaki lain. Fantasi seperti ini dikatakan amat membangkitkan nafsu mereka!

Gay biseksual dikatakan lebih berbahaya berbanding gay biasa. Lelaki biseksual tidak akan teragak-agak melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang cuba mengahalang perbuatan mereka.

Menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, golongan lelaki biseksual hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kira perasaan orang lain sama ada ahli keluarga, sanak-saudara atau anak sendiri. Pasangan gay menjadi lebih penting daripada isteri. Hal ini diakui beberapa lelaki biseksual yang ditemui.

Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mampu memuaskan isteri masing-masing kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai sebarang naluri seksual terhadap isteri. Keinginan yang melimpah-limpah untuk melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis biasanya menutup keinginan mereka untuk berasmara dengan wanita.

Biasanya perkahwinan golongan biseksual berakhir dengan penceraian kerana mereka tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada isteri mereka iaitu seorang wanita. Sebaliknya, mereka akan terus menjalin hubungan dengan pasangan sejenis walaupun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan sejenis.
menggugat hubungan mereka dengan lelaki lain. Sekiranya mereka mendapati hubungan luar tabii mereka terancam, maka mereka akan hilang pertimbangan. Perangai mereka tidak ubah seperti seorang pesakit jiwa.


Kenalilah pasangan anda, pastikan diri anda tidak menjadi mangsa keadaan, masyarakat perlu bijak dan berinformasi dan memegang prinsip "Berpesan2 kepada kebaikan & Mencegah kemungkaran". Pihak berwajib perlulah memantau segala jenis kelab2 yang menjurus kearah kemaksiatan. Dan yang paling penting wabak 2 di atas perlulah jangan di pandang enteng. Penularannya perlulah di kawal & di bentras. Jangan sampai akhirnya nanti penyesalan tak sudah bak kata pepatah 'nasi sudah menjadi bubur & bubur itu pula basi!'.


p/s: takut jugak golongan di atas ni masuk dalam keluarga! Naya punya kes!


Read more...

Belajar Bahasa Arab: Kemahiran Mendengar & Menghayati 1 (YAUMUL QIYAMAH)

video
Video Peringatan Hari Qiamat..
Jika di fahami maksudnya...pasti menitiskan
air mata gerun akan hari yang pasti akan hadir
bagi setiap yang bernama makhluk...

Read more...

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W



Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W Yang Perlu Kita Hayati


1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

3. Sangat elok dan sempurna wajahnya

4. Baginda memilik perasaan yang halus

5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan

8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

9. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain

10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya

12. Suka membalas hadiah

13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

28. Amat kasih terhadap umatnya

29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

33. Suka menziarahi orang sakit

34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya

35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

37. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan


Read more...

Sayangi insan yang lebih menyayangi diri kita

video

Antara iklan Petronas yang terkesan di jiwa...
mudah-mudahan menjadi pengajaran..

Read more...

KISAH PILU HATI SEORANG BAPA : Jauh di mata, dekat di hati...

Adaptasi dari Rencana Akhbar KOSMO!

Antara kehilangan, pertemuan dan pemergian anak tersayang. Itulah peristiwa yang diratapi dua bapa, Mohd Nashar Mat Hussain dan Jazimin Abd. Jalil. Wartawan, NOOR HASLIZA NUSI mengupas kedukaan mereka.



KETIKA seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Bapa dengan penuh keriangan dan keterujaan pada 15 Jun lalu, ada segelintir golongan bapa yang meraikannya dalam suasana sederhana.

Bagi bapa yang tidak pernah mengalami kehilangan anak, sambutan Hari Bapa cukup diungkap dengan sebaris ucapan penghargaan atau menerima hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada anak-anak tersayang.

Kemeriahan itu hakikatnya menjadi hasrat dua bapa, Mohd Nashar Mat Hussain dan Jazimin Abd. Jalil untuk meraikannya bersama kesemua anak-anak? Namun, itu adalah sesuatu yang mustahil buat mereka.

Ini kerana Jazimin telahpun menerima takdirnya iaitu kematian anak comelnya, Nurin yang dibunuh kejam oleh individu yang tidak berhati perut.

Mohd Nashar pula masih berikhtiar mencari Sharlinie yang hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Kosmo! mengupas kembali karakter si anak kecil itu ketika kali terakhir berada di sisi bapa-bapa mereka.

Ditatang bagai minyak yang penuh dan dibelai dengan penuh kasih, tiba-tiba anak kecil ini hilang dari dakapan sang ayah, tanpa khabar berita.

Hati insan mana yang tidak terkilan kehilangan anak yang sekian lama membesar di hadapan mata sendiri. Tangisan kecil, gelak tawa dan gembira si anak, sentiasa dijadikan pengubat rindu saat terkenang kembali waktu bersama.

Penantian suatu penyeksaan...Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar hanya tinggal lima hari lagi untuk genap setengah tahun. Apa yang peritnya ialah tiada khabar berita tentang penemuannya.

Dalam kesedihan itu, Mohd Nashar tetap mengumpul semangat tatkala diajukan soalan tentang Sharlinie.

UNTUK melepaskan rindu, baju-t kepunyaan Sharlinie ditatap pada setiap hari.


Bercerita mengenai pertama kali memberikan nama Sharlinie membuatkan Mohd Nashar ketawa kecil saat terkenang semula detik indah bergelar bapa kepada dua cahaya mata ketika itu.

"Masih terngiang lagi di ingatan saya sewaktu Sharlinie dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, pada 30 Januari 2003, pukul 7.58 malam. Ketika itu, ibunya dimasukkan ke hospital sehari lebih awal memandangkan dia sudah terasa sakit untuk melahirkan.

"Masih terngiang-ngiang di fikiran saya sewaktu Sharlinie dilahirkan. Bayi sudah keluar dari rahim tetapi selaput uri tertinggal di dalam menyebabkan ibunya terpaksa ditahan di wad sehari lagi.

"Sehingga hari kedua kelahirannya, Sharlinie tidak sempat diberi susu badan kerana ibunya ditahan di wad," ujar Mohd Nashar sambil bola matanya menjeling ke arah isterinya yang duduk di sebelahnya.

"Tentang pemilihan nama Sharlinie, ia tidak pernah terlintas di fikiran kami sepanjang tempoh kehamilan. Sewaktu hendak mendaftar surat beranak, barulah nama Sharlinie tiba-tiba terlintas di fikiran," katanya lagi.

Mempunyai berat 13 kilogram sebelum kehilangannya, Mohd Nashar berkata, Sharlinie gemar makanan berkuah atau bersup dan mi segera.

"Dia suka mi segera Maggi dan bihun sup. Sehingga kini, saya sentiasa terkenang saat Sharlinie menikmati hidangan yang digemarinya itu.

"Lebih terasa syahdu apabila melihat telefon bimbit mainan yang dijual di kedai runcit. Ini kerana dia asyik menyuruh saya membelinya setiap kali pergi ke kedai," kenangnya pilu.

Katanya, Sharlinie seolah-oleh memahami kesempitan kewangan mereka sekeluarga. Melihat raut wajahnya dengan percakapan yang sesekali tersekat-sekat, Mohd Nashar begitu merindui anaknya dan berharap anaknya itu ditemui dalam masa terdekat ini.

APA yang membantu mententeramkan jiwanya ialah menatap risalah kehilangan Sharlinie dan barangan miliknya.


Apatah lagi mengenangkan saat mereka bersama suatu ketika dahulu. Panggilan 'abah' dan 'ma' oleh Sharlinie sentiasa bermain di telinga mereka sehingga hari ini.

"Paling tidak dapat dilupakan apabila dia selalu menyanyi sambil berdiri di atas kerusi bersaiz kecil dan menjadikan tombol pintu rumah sebagai mikrofon.

"Lagu Aku Bukan Pencinta Wanita, nyanyian Irwansyah adalah lagu kegemarannya dan bait-bait lirik lagu itu sentiasa dilagukannya dengan lancar.

"Bayangkan, kanak-kanak seusia itu sudah pandai menyanyi dengan tutur kata yang lancar tanpa ada sesiapa yang mengajarnya. Apabila asyik sangat menyanyi, ibunya akan menegur Sharlinie supaya membaca buku. Dia tidak pernah ingkar setiap nasihat atau teguran yang dilemparkan," tambah Mohd Nashar.

Mengulas bakat lain Sharlinie, katanya, ketika berusia tiga tahun, dia sudah pandai menunjuk bakat dalam seni lukisan dan penulisan.

Sharlinie selalu menyuruh bapa dan ibunya membeli buku nota kecil atau buku 555. Dia akan melukis mengikut kreativiti dan pemahaman seorang kanak-kanak di helaian buku tersebut.

Bagaimana pula dengan sikap anaknya itu. Mohd Nashar berkata: "Sharlinie begitu payah untuk makan ubat kecuali saya yang memberikan kepadanya."

Tambahnya: "Sharlinie seorang kanak-kanak yang tidak boleh ditegur atau dimarahi. Apabila dimarahi, mulalah dia tidak mahu melakukan segala kerja yang disuruh.

"Sikapnya yang pandai merajuk dan tidak boleh diusik oleh kakaknya, membuatkan dirinya selalu ditegur," jelas Mohd Nashar.

Sebelum kehilangan Sharlinie, seluruh rakyat Malaysia terlebih dahulu berkongsi kesedihan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak malang yang hilang selama lebih sebulan dan akhirnya ditemui kaku dalam keadaan menyayat hati.

Sememangnya, bukan itu bentuk pertemuan yang diharapkan oleh pasangan Jazimin dan Nurazian. Apa yang diharapkan tentunya Nurin atau Kak Ngah kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sempurna.

Pemergian Nurin yang comel begitu menusuk perasaan dan akan dikenang untuk tempoh yang lama. Nurin pergi ke pasar malam setiap Isnin di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan baginya pada setiap minggu. Pasar malam itu terletak kira-kira 200 meter dari rumah pangsa dua bilik yang mereka sekeluarga diami.

"Kak Ngah seorang anak yang ringan tulang, senang dikejutkan dari tidur, tidak pernah ingkar arahan ibu bapa dan mudah menurut segala perintah berbanding adik-beradiknya yang lain." Begitulah kata-kata bapanya, di awal pertemuan.

KENANGAN dahulu tidak boleh disamakan dengan hari ini.

Sikapnya yang suka membantu membuatkan dirinya selalu mendapat 'tugasan' menukar lampin pakai buang adiknya.

"Di sekolah, dia diberi gelaran Paloma oleh rakan-rakan sekelasnya. Ini kerana dia gemar mengubah gaya rambut setiap kali ke sekolah, mendandan lipan, antara perkara yang selalu dilakukannya sebelum ke sekolah.

"Perkara lain yang selalu dilakukannya ialah 'bermain' dengan rambutnya. Setiap minit dan saat, dia sentiasa bermain-main atau membelai rambutnya yang bergulung di bawah," kata Jazimin.

Hati bapa mana yang tidak terasa pedih mengenangkan pemergian anak dalam sekelip mata, apatah lagi apabila dia ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.

Sikapnya yang suka mempelbagai cara pemakaian tudung tanpa ada sesiapa yang mengajarnya menjadikan dia seorang kanak-kanak comel dan cerdik.

"Gemar berposing di hadapan kamera adalah karakter Nurin yang paling dikagumi. Masih terkenang diingatan saya, arwah selalu datang memeluk saya sewaktu sedang tidur. Perbuatan ini membuatkan saya teringat dan sedih apabila mengenangkan semula kenangan itu," luahnya.

Bercerita mengenai penyakit arwah, kata Jazimin, sewaktu usia Nurin mencecah tiga tahun, anaknya disyaki menghidap penyakit buah pinggang dan lelah.

"Pada mulanya, saya dapati seluruh anggota badannya membengkak dan arwah selalu melihat cermin menatap perubahan wajahnya.

"Kami ingat, dia alergi pada makanan dan membawanya ke hospital. Di hospital, doktor memberitahu yang dia menghidap penyakit buah pinggang yang tidak ketara dan akan sembuh apabila meningkat dewasa," tambah Jazimin yang pernah tidur di hospital sebanyak dua kali untuk menemani Nurin yang ditahan di wad.


HANYA gambar yang mampu mengubat rindu si bapa.

Kata Jazimin, kehidupan mereka sekeluarga kini tidak seceria dahulu. Dirinya dan isteri sentiasa mengingati saat bahagia ketika bersama Nurin.

"Kami reda dengan pemergiannya dan sehingga hari ini, kami kerap kali menziarahi pusara arwah setiap dua minggu sekali bersama adik-beradiknya yang lain," kata Jazimin dengan tenang.


P/s: "AL-FATIHAH"...semoga ROH NURIN tenang di barzakh sana...namun kemana pula perginya SHARLINI? Dan Bagaimana pula Pembunuh@DAJJAL LAKNATULLAH NURIN yang masih berlegar di luar sana? Adakah mangsa seterusnya adalah kanak2 lagi! BERAWAS dan BERWASPADALAH..!!!


Read more...

KU DAMBAKAN KELUARGA BAHAGIA...

SAUJANA

Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Read more...

RUKUN SOLAT???

Rukun Negara yg 5 kerat pun ada yang tak hafal...Rukun Solat? check skit kot..kot.. dah luper...

1. Niat
2. Berdiri bagi yang berkuasa
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca suratul Fatihah
5. Rukuk serta Thama’ninah (berhenti seketika)
6. I’tidal sertaThama’ninah (berhenti seketika)
7. Sujud serta Thama’ninah (berhenti seketika)
8. Duduk antara dua sujud serta Thama’ninah (berhenti seketika)
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca selawat
12. Memberi salam yang pertama (ke kanan)
13. Tertib

jangan sampai lupe...solat itu tiang agama..

Read more...

Terima 5 syarat maka BOLEH BUAT MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Biar susah, jangan menyusahkan.
Read more...

Aida ikon gadis melayu tv9 ft. akbar: Sketsa anak derhaka

video
Read more...

UNGKAPAN ORANG YANG BIJAKSANA


Tanda orang bijaksana ialah
hatinya selalu berniat suci,
matanya menagis karena penyesalan (terhadap dosa),
sabar terhadap perkara yang dihadapi
dan mengutamakan akhirat berbanding dunia …

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Read more...