Islamic Widget

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W



Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W Yang Perlu Kita Hayati


1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

3. Sangat elok dan sempurna wajahnya

4. Baginda memilik perasaan yang halus

5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan

8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

9. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain

10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya

12. Suka membalas hadiah

13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

28. Amat kasih terhadap umatnya

29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

33. Suka menziarahi orang sakit

34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya

35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

37. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

2 comments:

10 Ogos 2010 11:31 PTG Tanpa Nama berkata...

Tersangat mulia akhlak Nabi Muhammad saw. Tiada siapa yang dapat menandingi keagungan akhlak beliau. ~ Salam dari Kota Singa

20 Oktober 2011 6:14 PTG Nasrullah Bin Salim berkata...

"8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang"

maaf bukankah makn sebelum lapar,dan berhenti sebelum kenyang?

Catat Ulasan

Ape ke Hal?