Islamic Widget

Qudwatun Hasanah Ku...


Yan Gymnastiar (lahir di Bandung, Jawa Barat, 30 Februari 1962; umur 47 tahun) atau lebih dikenal sebagai Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, usahawan dan pengasas Pondok Pesantren (institut) Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung & pencetus revolusi Managemen Qalbu. Aa Gym menjadi popular karena mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan gaya teatrikal dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan umum diterapkan pada kehidupan sehari-hari.

Pesan-pesan dakwahnya berkisar pada pengendalian diri, hati nurani, toleransi dan keteguhan iman . Aa Gym digemari oleh suri-suri rumah tangga karena ia membangun citra sebagai seorang pendakwah agama yang berbeza dengan ulama lainnya. Ketika para ulama “konvensional” berdakwah tentang keutamaan salat, puasa, dan kemegahan surga, Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus, keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa sehari-hari yang ringan dan menyenangkan. Topik pembahasannya seputar keluarga dan penontonnya terkonsentrasi pada ibu-ibu rumah tangga, citranya pun didaulat menjadi “ustaz keluarga bahagia.”

Penulis pernah mengikuti pengajian dakwah Aa Gym semasa menuntut di Sumatera Utara dan ternyata cara bawakan dakwahnya amat berbeza berbanding pendakwah kita di Malaysia. Dengan suaranya yang perlahan dan tenang menelusuk ke Qalbu, kata2 nya penuh hikmah dan selalunya di akhir ceramahnya beliau akan berdoa dengan di aminkan oleh beribu2 jemaah yang mengikuti ceramahnya dengan tangisan air mata keinsafan...

Berikut antara kata2 nya yang penuh hikmah 1 ketika menjadi jemputan untuk program AL-KULIYYAH dengan tajuk KHUSYUK:

2 comments:

26 Oktober 2009 pada 1:23 PG manjeamusyuk berkata...

saya juga sgt kagum dgn penyampaian ceramah ustaz ni. mmg bernas, ringkas, berhemah & menusuk ke kalbu. cth2 yg diberi beliau mmg dpt diterima logik akal & seterusnya akal & hati dpt menerima pengajarannya dgn pemahaman sepenuhnya. semoga ustaz ini dpt diketengahkan kpd lbh rmai umat Islam & bakal Islam. sepatutnye lebih ramai remaja & bukan remaja yg dh hanyut jauh tu dibawa mendengar ceramah ustaz hebat ini!

5 November 2009 pada 8:23 PTG Rijal El-Ibtikariyy berkata...

betul sangat2 tu...di malaysia ni xde lagi yang macam ustaz ni..mungkin ada.. tapi tenggelam..atau tidak ke hadapan... tapi kalau Dr. Danial pergh antara penceramah yg hebat jgk bagi saya di malaysia ni... mmg hebat fakta2 yg di berikan ketika menyampaikan ceramah...

Catat Ulasan

Ape ke Hal?